Fesyen Muslimah : Trend & Hukum

5 Dec 2011

Petua Membuka Pintu Rezeki

Sekadar berkongsi
Membuka pintu rezeki ...

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada ) ". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tuanya dalam sehari"



Huraian hadith: Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang  hidup mahupun yang sudah tiada ) Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa  kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar  mereka berubah) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.tadah tangan dan  bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)  Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan  rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:  Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa  doakan ibu bapa kita setiap hari  Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang   kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu  dan sebagainya..)

Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita ? AL-FATIHAH UNTUK MEREKA.

No comments:

Post a Comment