Fesyen Muslimah : Trend & Hukum

27 Nov 2011

Bercuti di Bukit Gambang Waterpark Resort City, Pahang

Bulan Julai yang lepas, saya berpeluang join Family Day tempat kerja suami Sekolah Kimpalan IKBN Pagoh, Muar mengadakan percutian keluarga  di  Bukit Gambang Waterpark Resort City, Pahang. Penginapan dan aktiviti yang diadakan amat sesuai untuk keluarga. Suami saya sempat main pintball lagi.

Acara sukaneka keluarga kimpalan pun agak meriah walaupun kecil. Selepas tu kami berpeluang naik trem ke Gambang Waterpark. Time cuti memang agak sesak dengan orang ramai tapi bagi pengunjung yang memang suka air, boleh lah datang ke sini. Harga tiket pun murah untuk masuk ke Waterpark ni.

Bercuti di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Cuti Penggal sekolah bulan 6 yang lalu, saya, suami dan anak pulang ke kampung di Perak dan Kedah. Ketika kami di Perak, saya dan suami sempat menghabiskan masa di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Bagi sesetengah orang mungkin tempat ini biasa, tetapi pemandangan air tasik yang mendamaikan, bunyi air terjun buatan dan suasana sekitar sangat menenangkan.

26 Nov 2011

Salam Awal Muharram 1433H

Salam awal Muharam buat semua umat Islam yang dikasihi fillah. Seperti sedia maklum, umat Islam negara kita sentiasa menyambutnya saban tahun dengan cara yang hampir sama. Namun, ramai di antara kita terlupa, Bulan Muharam inilah permulaan bagi kita untuk membuat azam dan perubahan baru dalam hidup berbanding menunggu sambutan Happy New Year. Semua berkira-kira hendak membuat perancangan baru mengikut tahun masihi. Seeloknya kita sebagai umat Islam, agungkanlah hari di dalam kalendar Islam. Mudah-mudahan kita lebih bersedia dengan kedatangan Muharam untuk memperbaiki amalan dan azam kita...Selamat menyambut Awal Muharam 1433 Hijriah.

14 Nov 2011

Cikgu Sekolah

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang bagi saya banyak pengajarannya. Ceritanya bermula begini, Ada seorang guru sekolah Rendah yang tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak meracun fikiran kanak-kanak di sekolah tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...

Guru : Murid-murid,nampak pen ni tak?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru : Pen ada kan.
Murid-murid : Ada cikgu.

kemudian guru tadi memasukkan pen tu dalam poket bajunya, kemudian bertanya lagi..

13 Nov 2011

Pembuka Bicara

Assalamualaikum kepada semua pengujung. Blog ini di wujudkan bagi sebuah perkongsian ilmu, yang mana dari diri sendiri mahupun dari rakan-rakan seperjuangan. semoga blog ini memberi manafaat buat kita semua. InsyaAllah blog ini akan di kemaskini dari masa ke semasa dengan izin yang Maha Kuasa.