Fesyen Muslimah : Trend & Hukum

27 Nov 2011

Bercuti di Bukit Gambang Waterpark Resort City, Pahang

Bulan Julai yang lepas, saya berpeluang join Family Day tempat kerja suami Sekolah Kimpalan IKBN Pagoh, Muar mengadakan percutian keluarga  di  Bukit Gambang Waterpark Resort City, Pahang. Penginapan dan aktiviti yang diadakan amat sesuai untuk keluarga. Suami saya sempat main pintball lagi.

Acara sukaneka keluarga kimpalan pun agak meriah walaupun kecil. Selepas tu kami berpeluang naik trem ke Gambang Waterpark. Time cuti memang agak sesak dengan orang ramai tapi bagi pengunjung yang memang suka air, boleh lah datang ke sini. Harga tiket pun murah untuk masuk ke Waterpark ni.


Tengoklah gambar-gambar ketika di sana bersama keluarga tersayang.

Arahan diberi sebelum game bermula







      

Tengoklah ayah - ayah yang lebih bersemangat.

Peserta terkecil rebut gula-gula. Yang mana satu orangnya??

Yes!! Dapat jugakk....

Kaum bapa tengah mesyarat tepi padang. "Lepas ni kita main pintball plak kat dalam hutan. "

Dah penat main mesti la dapat hadiah...yiiihaaa..

Suami menerima hadiah cabutan bertuah dari bosnya, En. Ramzi

Inilah keluarga Sekolah Kimpalan IKBN Pagoh, Muar

Bersama suami dan anak di hadapan Bukit Gambang Waterpark

Replika haiwan mainan di kolam. Anak saya terketar-ketar tengok replika tu memuntahkan air. Terus tak jadi mandi..hahaha

No comments:

Post a Comment