Fesyen Muslimah : Trend & Hukum

26 Nov 2011

Salam Awal Muharram 1433H

Salam awal Muharam buat semua umat Islam yang dikasihi fillah. Seperti sedia maklum, umat Islam negara kita sentiasa menyambutnya saban tahun dengan cara yang hampir sama. Namun, ramai di antara kita terlupa, Bulan Muharam inilah permulaan bagi kita untuk membuat azam dan perubahan baru dalam hidup berbanding menunggu sambutan Happy New Year. Semua berkira-kira hendak membuat perancangan baru mengikut tahun masihi. Seeloknya kita sebagai umat Islam, agungkanlah hari di dalam kalendar Islam. Mudah-mudahan kita lebih bersedia dengan kedatangan Muharam untuk memperbaiki amalan dan azam kita...Selamat menyambut Awal Muharam 1433 Hijriah.

No comments:

Post a Comment